Hai korang... Lamanya AS tak update blog. Tak tahu kenapa vitamin M tu besar sangat. huhuhu.. Harap-harap vitamin RAJIN makin menebal seiring dengan peningkatan usia. Apa-apa pun ia terpulang kepada diri kita sendiri untuk mencapa apa yang kita mahu dalam hidup ini. Opps tak nak bebel panjang-panjang hari ni sebab AS nak kongsikan 5 langkah asas wajib untuk kulit cantik.
So, adik-adik remaja yang tengah mencuba produk-produk untuk menjaga kulit wajah.. Please follow 5 langkah asas ni. Langkah ini adalah langkah yang senang saja.
5 Langkah Asas Wajib Untuk Kulit Cantik
- Mencuci Muka dengan Cleanser - langkah ini adalah untuk memastikan semua kotoran dapat dibersihkan agar tidak menutup pori dan menyebabkan jerawat serta lain-lain masalah kulit.
- Memakai masker 2 kali seminggu - berapa kali korang memakai masker? Menurut pakar kecantikan dan pengasas masker Dr. Morita, wanita perlu memakai masker setiap hari. Ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap dan muda.
- Menggunakan toner/ softoner setiap kali lepas cuci muka - Ada sesetengah orang mengatakan yang dia tak perlukan toner atau softoner. Cukuplah sekadar dengan mencuci muka. Mungkin ya dan mungkin juga tidak sebab setiap orang ada masalah kulit dan kesan pemakaian produk yang tersendiri. Namun pemakaian toner adalah di galakkan untuk menutup kembali liang atau pori yang terbuka ketika mencuci muka ataupun selepas penggunaan masker.
- Memakai moisturizer selepas menggunakan toner - Moisterizer amat penting sebab ia membantu memberi dan mengekalkan kelembapan kulit. Penggunaan yang berterusan menghasilkan kulit gebu, halus dan nampak berseri.
- Memakai sun protection selepas memakai moisturizer - Sun protection adalah salah satu produk yang seringkali di abaikan dan ramai yang tak tahu ia amat penting untuk kulit. Ia harus di amalkan seawal usia remaja. Penggunaan sun protection boleh mengelak dari terjadinya jeragat atau masalah kulit yang lain. Bagi yang telah ada jeragat WAJIB guna sun protection ini sebagai langkah untuk mengurangkan jeragat dan memudarkan jeragat sedia ada.
Selepas 5 langkah asas wajib untuk kulit cantik ni, barulah korang boleh guna primer, make up based, cc/bb cream ataupun foundation.
Selamat mencuba dan semoga kulit korang cantik dan halus bak puteri. Muahhh!
Mesti korang pun nak cantik macam Mira Filzah juga kan? |
No comments:
Post a Comment