Follow Us @soratemplates

Monday 5 June 2017

HEALING PROCESS

June 05, 2017 0 Comments
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera. Hi uolls. Berbicara tentang produk kecantikan memang tak pernah habis. Dari bahan yang digunakan sehinggalah kesan penggunaan. Kali ini aku bukan hendak berbicara tentang kesan penggunaan tapi ingin  menyebarkan info tentang healing proses atau proses penyembuhan apabila kira bertukar komestik. Ini adalah agar kita semua tidak terkeliru antara proses penyembuhan dan kesan penggunaan.

Jadi apabila kita mengetahui tentang proses penyembuhan, kita tidak akan menukar penggunaan produk yang baik dalam waktu yang singkat atau mengatakan produk tersebut tidak berkesan. Jadi sila faham dan hadam tentang healing process agar kita dapat memperolehi kulit yang di idamkan. 

Proses penyembuhan


HEALING PROCESS

Proses penyembuhan atau healing proses perlu melalui 4 step:

RELEASE (singkir)

Pembuangan toksin @ bahan kimia - tempoh bergantung pada individu

RELAX (rehat)

Organ @ kulit akan berehat (back to normal) setelah bekerja keras sewaktu proses penyingkiran

REVIVE (pulih)

Baik pulih sel-sel yg telah rosak akan berlaku (dalaman/luaran)

RENEW (mengganti/memperbaharui)

Sel-sel yang telah diperbaiki akan diganti dengan sel-sel kulit baru

(Jika tukar produk tidak ada perubahan dalam waktu terdekat @ makin teruk itu adalah NORMAL)

• Paling kurang mesti ambil masa 4 ke 6 bulan untuk lengkapkan semua proses diatas bergantung pada antibodi, usia dan hormon seseorang jugak..
• Jika berhenti di bulan ke2 bermaksud baru habis proses RELAX, tak sempat REVIVE & RENEW lagi
• So, dia akan dapat kulit yang normal sahaja, hanya toksin sahaja tak ada kat kulit tapi tak sempat pulih & ganti baru..




JADI JANGAN SALAHKAN PRODUK TAPI PROSES TAK COMPLETE SEBENARNYA..


Kesimpulannya, konsisten & yakin & sabar..God Willing masalah anda mampu dirawat.

Jerawat @ ruam pada muka adalah biasa terutama bila pernah guna produk lain..bukan hanya berlaku bila guna skincare tapi juga produk dalaman contohnya collagen jenis minuman
Ini dinamakan HEALING CRISIS yang mana ini adalah tempoh kritikal & ramai yang tak sabar..

Proses penyingkiran toksin berbeza setiap individu. Ruam @ jerawat @ muka berbahang @ menggelupas @ gatal dll...

Masa paling cepat 2 minggu hingga 1 bulan.

Kita dah kumpul toksin dalam kulit dah bertahun-tahun melalui pemakanan, produk, skincare, pencemaran dll. So, mesti ambil masa sikit nak keluarkan & bersihkannya..

Air masak mesti minum cukup mengikut nisbah yang diperlukan oleh badan kita sendiri..jangan compare dengan orang lain..