Follow Us @soratemplates

Monday 21 May 2018

Tips Minum Air Ketika Ramadan

May 21, 2018 0 Comments
Tips Minum Air Ketika Ramadan. Di Bulan Ramadan kita akan kehilangan banyak cecair. Oleh itu, kita perlu pastikan kita minum air putih yang mencukupi bagi menggantikan cecair yang hilang ketika kita berpuasa. Jika air yang di gantikan tidak mencukupi, kita akan dehidrasi dan juga mengundang penyakit lain seperti demam dan keletihan. Memang mak ada pesan agar tidak minum air banyak sangat ketika berbuka sebab tidak mahu badan rasa berat, letih  dan tak larat nak mengerjakan solat tarawikh.... So, follow Tips Minum Air Ketika Ramadan ini untuk kebaikan dan kesihatan kita ketika berpuasa.

Tips Minum Air Ketika Ramadan

  • 1 gelas selepas bangun tidur untuk bersahur
  • 1 gelas selepas selesai makan sahur
  • 1 gelas selepas azan maghrib, sebelum makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan makanan berat
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat terawikh
  • 1 gelas sebelum tidur

Cukupkan 8 gelas air ketika bulan puasa? 

Tips Minum Air Ketika Ramadan, tips minum 8 gelas air ketika berpuasa,
Tips Minum Air Ketika Ramadan
Selain dari follow tips minum air ini, AS juga membawa sebotol air ketika pergi bertarawikh. AS akan minum bila rasa dahaga ketika mengerjakan terawikh. Ini adalah untuk memastikan AS dapat gantikan cecair yang hilang ketika berpuasa dengan secukupnya. 

Selamat berpuasa AS ucapkan buat anda. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah.