Follow Us @soratemplates

Wednesday 4 September 2019

Ukuran Saiz Baju Mengikut Berat Badan

September 04, 2019 0 Comments
Assalamualaikum. Hi korang! Korang pernah tak nak beli baju online tapi ragu-ragu. AS pun camtu jugak.. Pernah beli baju tapi kena tukar. Dapat seller ok, oklah. Kalau dapat seller hampeh, rasa nak hampuk ja. Pernah sekali beli tapi tak boleh tukar, terpaksa bagi kepada saudara yang muat. Tapi rasa tak adil lah kan? 

So, ini saiz baju yang sesuai mengikut berat badan. Tapi AS nak habaq awal-awal yang saiz ni bergantung kepada bentuk badan,ketinggian dan juga design baju.  Contohnya, orang yang tinggi dan berat badan 72 kg tapi pakai saiz L. Bukan XL sepertimana dalam cart di bawah. 


Untuk design baju pula, jika design muslimah, saiznya kadang2 lebih besar 1-2 inch dari saiz design baju modern yang lain. So, untuk beli baju online better korang check dengan size cart yang diberikan oleh seller. 

Carta saiz baju mengikut berat badan hanyalah sebagai rujukan. Boleh juga untuk dijadikan motivasi bagi kurangkan berat badan dan saiz baju. 

Berat badan AS rahsia yer😜

Wednesday 24 July 2019

Doa Viral | Doa Yang Diamalkan Oleh Naelofar

July 24, 2019 0 Comments
Doa Viral | Doa Yang Diamalkan Oleh Naelofar. Assalamualaikum & salam ceria semua. Rasanya semua dah baca doa yang di amalkan oleh Naelofar. AS nak ajak semua amalkan doa ini juga supaya kita semua berjaya dan dimurahkan rezeki seperti Naelofar. Moga dengan rezeki yang berlimpah ruah ini kita dapat membantu umat islam yang lain serta memudahkan urusan dakwah untuk menuju ke syurga yang abadi. In sha Allah.

Jom baca doa ini sama-sama. 

Doa Viral | Doa Yang Diamalkan Oleh Naelofar, Doa Viral, Doa Yang Diamalkan Oleh Naelofar, Doa Viral Neelofar, Doa Yang Diamalkan Oleh Neelofar, doa murahkan rezeki, doa memohon rezeki yang melimpah ruah, doa neelofar, doa meminta rezeki
Doa Viral | Doa Yang Diamalkan Oleh Naelofar

Sunday 21 July 2019

9 SEBAB WAJIB WANITA PERLU KURUS

July 21, 2019 0 Comments
 9 sebab wajib wanita perlu kurus. Hai korang. Buat apa weekend ni? Jalan-jalan cari makan ke? AS dah jarang-jarang hunting viral foods sebab berat dah naik daaa. Huhu.. Disebabkan berat dah naik dan banyak baju yang dah ketat, AS on diet now tapi yang eat clean la. Campur dengan IF dan juga puasa sunat isnin + khamis. Walaupun control makan, kadang-kadang tu tersasar juga... Lepas makan menyesal tak sudah tapi buat lagi. So, disebabkan kerap tersasar tu, AS rasa 9 sebab wanita wajib kurus ini akan membantu mengingatkan AS untuk terus turunkan berat badan. 

9 SEBAB WAJIB WANITA PERLU KURUS


1. Baju lama dah sendat 

Sayang giler baju-baju lama yang cantik dengan fesyen meletops dah sendat. Nak sedekah sayang. So, tersimpanlah dalam almari... Jadikan baju lama tu misi dan target kurus.

2. Jalan Sikit Dah Semput

Betul sangat. Bila berada dalam kategori obesiti, memang tak boleh jalan kaki jauh. Semput dan cepat mengah. Bukan itu saja, buat kerja rumah sikit pun semput. Lama-lama semput ni menjadi alasan untuk kita malas bergerak dan buat kerja-kerja lain. So, jom diet supaya kita boleh buat apa saja..

3. Lutut dan tumit selalu sakit

Jaga-jaga bila tumit dan lutut tetiba sakit. Itu tanda amaran yang berat badan korang dah lebih dari sepatutnya. Bila dah sakit, confirm lah tak nak bergerak ke mana-mana. Lepas tu penyakit lain datang pula... Huhu. Moh ler diet untuk sihat supaya terhindar dari sebarang penyakit. In sha Allah. 


4. Paha Bergesel

Dah pernah alami. Sebab bila paha bergesel, confirm melecet. Sakit! Untuk elak sakit, selalu pakai baju ngan seluar. Baju kurung kebaya dan lain-lain dah letak tepi. Dah takde gaya ayu... Diet please! 

5. Disangka mengandung

Hat ni paling sakit hati. Tiba-tiba saja orang tanya "ada pula ka?" Nak jawab ya satgi orang tanya due bila pulak. Nak cakap gemuk, takkan nak kutuk diri sendiri.. i nak diet!!!

6. Perut dah ada layer

Huhu.. memang tak lawa bila perut dah ada layer. Nak bergaya pun susah. Ambik fesyen ni tak kena, ambik fesyen besar nampak kita pula makin besar..  aku kurusss!

7. Suami pandai pandang girls lain

Bahaya! So, moh ler kita kembali kurus dan untuk memastikan suami kita tak pandang wanita lain. Kita bukannya tak cantik tapi sebab berisi jer... 

8. Doktor dah warning

Kalau doktor dah warning tu, kenalah faham yang kita di ambang bahaya untuk penyakit-penyakit berkaitan. Takmo! 

9. Rakan tegur nampak berisi..

Memang. Tambah-tambah lagi rakan tu maintain slim melim. Jom lah kita kurus ...

9 sebab wajib wanita perlu kurus
Sebab-sebab wajib wanita perlu kurus

Wednesday 29 May 2019

9 PETUA MUDAH UNTUK MENJADI WANITA CANTIK

May 29, 2019 0 Comments
Assalamualaikum wbt. Hai korang! Lamanya AS tak update blog. Mood kelaut derrr. Macam mana dengan persiapan raya korang? Dah 100% siap ke? AS alhamdulillah dah siap semuanya. Tinggal nak masak-masak saja.. So, hari ini AS nak kongsikan 9 petua mudah untuk menjadi wanita cantik. Tapi petua ni kena amalkan setiap hari tau. AS pun baru nak praktik. Mana tahu, bangun tidur esok pagi terus jadi cantik.  kihkih..

Apa-apa pun kena amalkan dan yakin dengan apa yang kita buat. In sha Allah menjadi.

petua mudah menjadi cantik, petua cantik, cantik, cara nak jadi cantik, petua cantik, tips cantik
Dato Siti dan Mira Filzah, 2 wanita cantik yang menjadi idola ramai


9 PETUA MUDAH UNTUK MENJADI WANITA CANTIK


1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.

2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik.  Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut

3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan  usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi,  ulang usapan ini sebanyak 3 x.  Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.

5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan

"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"

6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi

7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan

8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT

9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud

Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.

Wednesday 1 May 2019

Kenali Pengasas Jamu Mall | Khairul Nizam OKU Luarbiasa Dan Berjaya

May 01, 2019 0 Comments
Amazing! Itulah perkataan yang sesuai apabila mengetahui siapa pengasas JAMUMALL.COM iaitu Khairul Nizam. Dengan hanya berbekalkan 3 jari, beliau mengubah nasib diri dan keluarga. Bukan senang sebab kita yang cukup anggota dan bebas bergerak ni pun tak mampu nak buat tapi beliau buktikan yang beliau mampu malah berjaya menjadi seorang usahawan dengan hanya berbekalkan 3 jari, semangat juang yang tinggi, keberanian serta ketabahan menghadapi rintangan. 

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,
Kenali Pengasas Jamu Mall | Khairul Nizam OKU Luarbiasa Dan Berjaya

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,



Sangat-sangat memberi inspirasi kepada AS untuk lebih berjaya. Bukan senang nak berjaya tapi semua itu tak menjadi masalah kepadanya. Hasilnya, beliau kini bergelar JUTAWAN. Masya Allah!

Jom kenali Khairul Nizam dengan lebih dekat lagi tapi disini AS kongsikan video luahan hati beliau. Serius AS menangis sambil menonton video ni. Banyak bagi kesedaran kepada AS. So, AS kongsikan di sini agar korang juga menerima impak yang postif serta memperolehi semangat untuk berusaha hingga berjaya di dunia dan akhirat. In sha Allah. 


Kenali Pengasas Jamu Mall | Khairul Nizam OKU Luarbiasa Dan Berjaya


 
Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli apa ku nak mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan banyak negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sana nak jadi mcm aku , nak banyak duit mcm aku , nak bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ada ketika saya rasa sangat terkesan bila ada ketika bila saya haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ada sesuatu manfaat yg nak aku buat ..
Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suka bg bermacam alasan bila bekerja, ramai yg cepat giveup bile ada cabaran !! 
Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai orang-orang disekeliling aku ..

Lelaki Ini Buktikan Kekurangan Diri Bukan Penghalang Untuk Berjaya, jamu mall, pengasas jamu mall, siapa pengasas jamu mall, siapa disebalik jamu mall, kisah kejayaan jamu mall, jamu mall, jamumall, khairul nizam jamumall,

Kini aku sedar, untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih sayang yang hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

Betul sangat apa yang di luahkan oleh saudara Khairul Nizam ni. Hanya kita yang mampu ubah diri kita. Kena berani dan tidak mudah putus asa dalam apa jua perkara yang kita lakukan. In sha Allah kejayaan akan menjadi milik kita. 


Jom follow Khairul Nizam
FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website https://jamumall.com/


Tuesday 5 March 2019

Arghhh Jerawat Lagi! Ketahui Sebab-Sebab Jerawat Di Muka Anda

March 05, 2019 0 Comments
Arghh jerawat naik lagi. Tension tau bila muka asyik naik jerawat. Haaa tak payah nak tension sangat dengan jerawat tu sebab apa yang korang perlu buat adalah kena tahu sebab apa jerawat tu naik. Naik kat dahi ke, pipi ke, dagu ke? Setiap bahagian tu ada sebabnya yang tersendiri..

Ketahui Sebab-Sebab Jerawat Di Muka Anda


Jerawat di Dahi

  • Tidur tidak menentu
  • Diet yang tidak seimbang
  • Pemakanan tidak sihat


Jerawat Di Pipi Kanan

  • Terlebih pengambilan produk tenusu


Jerawat Di Pipi Kiri

  • Tekanan 
  • Elergik

Jerawat Di Hidung

  • Penghadaman dan aliran darah tidak lancar

Jerawat Di Mulut Dan Dagu

  • Hormon tidak seimbang
  • Tekanan / Stress
  • Masalah buah pinggan


So, Masalah jerawat korang yang mana satu? Dah kenalpasti, so amalkan diet seimbang dan pemakanan sihat serta jangan stress.