Follow Us @soratemplates

Sunday 21 July 2019

9 SEBAB WAJIB WANITA PERLU KURUS

 9 sebab wajib wanita perlu kurus. Hai korang. Buat apa weekend ni? Jalan-jalan cari makan ke? AS dah jarang-jarang hunting viral foods sebab berat dah naik daaa. Huhu.. Disebabkan berat dah naik dan banyak baju yang dah ketat, AS on diet now tapi yang eat clean la. Campur dengan IF dan juga puasa sunat isnin + khamis. Walaupun control makan, kadang-kadang tu tersasar juga... Lepas makan menyesal tak sudah tapi buat lagi. So, disebabkan kerap tersasar tu, AS rasa 9 sebab wanita wajib kurus ini akan membantu mengingatkan AS untuk terus turunkan berat badan. 

9 SEBAB WAJIB WANITA PERLU KURUS


1. Baju lama dah sendat 

Sayang giler baju-baju lama yang cantik dengan fesyen meletops dah sendat. Nak sedekah sayang. So, tersimpanlah dalam almari... Jadikan baju lama tu misi dan target kurus.

2. Jalan Sikit Dah Semput

Betul sangat. Bila berada dalam kategori obesiti, memang tak boleh jalan kaki jauh. Semput dan cepat mengah. Bukan itu saja, buat kerja rumah sikit pun semput. Lama-lama semput ni menjadi alasan untuk kita malas bergerak dan buat kerja-kerja lain. So, jom diet supaya kita boleh buat apa saja..

3. Lutut dan tumit selalu sakit

Jaga-jaga bila tumit dan lutut tetiba sakit. Itu tanda amaran yang berat badan korang dah lebih dari sepatutnya. Bila dah sakit, confirm lah tak nak bergerak ke mana-mana. Lepas tu penyakit lain datang pula... Huhu. Moh ler diet untuk sihat supaya terhindar dari sebarang penyakit. In sha Allah. 


4. Paha Bergesel

Dah pernah alami. Sebab bila paha bergesel, confirm melecet. Sakit! Untuk elak sakit, selalu pakai baju ngan seluar. Baju kurung kebaya dan lain-lain dah letak tepi. Dah takde gaya ayu... Diet please! 

5. Disangka mengandung

Hat ni paling sakit hati. Tiba-tiba saja orang tanya "ada pula ka?" Nak jawab ya satgi orang tanya due bila pulak. Nak cakap gemuk, takkan nak kutuk diri sendiri.. i nak diet!!!

6. Perut dah ada layer

Huhu.. memang tak lawa bila perut dah ada layer. Nak bergaya pun susah. Ambik fesyen ni tak kena, ambik fesyen besar nampak kita pula makin besar..  aku kurusss!

7. Suami pandai pandang girls lain

Bahaya! So, moh ler kita kembali kurus dan untuk memastikan suami kita tak pandang wanita lain. Kita bukannya tak cantik tapi sebab berisi jer... 

8. Doktor dah warning

Kalau doktor dah warning tu, kenalah faham yang kita di ambang bahaya untuk penyakit-penyakit berkaitan. Takmo! 

9. Rakan tegur nampak berisi..

Memang. Tambah-tambah lagi rakan tu maintain slim melim. Jom lah kita kurus ...

9 sebab wajib wanita perlu kurus
Sebab-sebab wajib wanita perlu kurus

No comments:

Post a Comment