Hai korang. Lama AS tak up blog. Update sikit hilangnya lamaaa... hahaha. Tak tahu lah kenapa jadi macam ni. Kena masuk kem motivasi kot bagi semangat up sampai level paling tinggi. hihi.. Dulu masa set up blog ni nak update tentang product SHOM saja tapi itu lahhhh bab nak review produk ni susah sikit. Nak kena test dulu produk ni best atau tak? Sesuai atau tak? Lain orang lain kesannya tau.. Kenapa? Sebab ada orang tu, dia memang disiplin bila guna atau pakai produk. Tak campur dengan produk lain. Ada orang jenis otak seminit, sekejap guna pastu tak guna, bila rasa nak guna baru pakai balik. So, bagaimanakah produk tu nak berkesan kan?
Disebabkan AS baru saja guna tiga, empat produk SHOM... Masih dalam proses mendapatkan feedback dari diri sendiri dulu. Bila dah berkesan, baru AS akan update blog. hehehe... Lambatlah ceritanya. In sha Allah, jika ada kesempatan... AS akan update tentang maklumat, kegunaan dan kelebihan produk tersebut. sabar ya...
So, untuk hari ni AS akan kongsikan dengan korang tips untuk hilangkan Jeragat. Muka kalau dah ada jeragat, memang akan nampak tua dari usia sebenar. So, elakkan dari ada masalah jeragat sejak muda lagi.. Bila dah ada susah nak hilangkan. Bagi yang dah ada korang boleh cuba tips ni yang guna bahan-bahan yang ada di dapur saja. Boleh makan dan boleh juga untuk cantik.
TIPS HILANGKAN JERAGAT |
4 TIPS HILANGKAN JERAGAT
.Antara Tips yang berkesan untuk hilangkan JERAGAT :-
- JUS LEMON
LEMON |
Membantu mengelupaskan kulit mati dan juga memudahkan pertumbuhan sel baru. Caranya celupkan kapas dalam jus lemon dan letakkan jus lemon pada muka biarkan selama 15 minit kemudian cuci muka dengan air sejuk. Amalkan sebelum tido.
- BAKING SODA
BAKING SODA |
Baik untuk pengelupasan lembut minyak, kotoran dan sel kulit mati. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan Ph kulit. Caranya, campurkan sedikit air dalam sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal. Sapu pada kawasan jeragat dan mencucinya selepas beberapa minit. Ulang dua atau tiga kali seminggu. (Jenis kulit sensitif tidak digalakkan guna baking soda)
- OATMEAL
OATMEAL |
Bukan saja untuk dimakan sahaja, ia bekerja sebagai agen pengelupasan semulajadi dan mampu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang. Caranya, letakkan serbuk pes oatmeal yang dicampur dengan air. Biarkan selama 10 minit kemudian gosok pada muka. Amalkan dua kali seminggu sebagai rutin.
- CUKA EPAL CIDER
CUKA EPAL CIDER |
Berfungsi seperti astrigen untuk mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Ia juga bersifat anti-bakteria untuk melawan jerawat. Caranya, campurkan satu sudu cuka epal cider dalam satu cawan air. Letakkan pada muka menggunakan bola kapas. Biarkan selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air suam. Cuba cara ini setiap hari atau beberapa hari setiap minggu.
Senang saja tips-tips ni. Pokok pangkalnya, nak CANTIK kenalah RAJIN. Lagi satu, sila ulang tips ini sampai jeragat hilang. Bukan sekali buat saja tau..
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment