5 Sebab Kenapa Perlu Pakai Toner Lepas Cuci Muka? korang, korang pakai tak toner selepas cuci muka? Mommy ni ikut tahap kerajinan. kadang pakai, kadang tak pakai. Tak konsisten langsung. Bila tak konsisten, janganlah harap kulit wajah nak bertambah baik. Kena konsisten yer... Unless bila pakai muka korang breakout. Yang ni kena stop dulu takut alah dengan produk sebelum ni. Okaylah jom tengok 5 sebab kenapa perlu pakai toner lepas cuci muka. Bila dah tahu sebabnya confirm korang akan rajin guna toner.
5 Sebab Kenapa Perlu Pakai Toner Lepas Cuci Muka? |
5 Sebab Kenapa Perlu Pakai Toner Lepas Cuci Muka?
5 Sebab Kenapa Perlu Pakai Toner Lepas Cuci Muka? |
1. Membantu Mengekalkan Kesegaran dan Kelembapan Wajah
Selepas mencuci wajah, tidak semestinya kulit wajah kita segar dan bersih sepenuhnya. Disinilah fungsi toner untuk membantu membersihkan wajah dengan sepenihnya, mengekalkan kesegaran wajah dan juga secara tidak langsung dapat membantu memelihara kelembapan wajah.
2. Mengimbangkan PH Kulit
Rata-rata pembersih wajah bersifat alakali yang menyebabkan imbangan PH kulit terganggu selepas membersih wajah. Ini akan menyebabkan berlakunya pengeluaran sebum berlebihan dan wajah akan berminyak. Dengan menggunakan toner, ia akan mengimbangi kembali PH kulit anda.
3. Mengecilkan Lianag-liang Pori pada Wajah
Toner berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang besar dan terbuka selepas proses membersihkan wajah. Liang pori yang terbuka akan menyebabkan wajah mudah untuk mengalami bintik hitam, bintik putih dan jerawat. Penggunaan toner yang konsisten setiap hari mampu untuk mengecilkan liang-liang pori pada wajah.
4. Membantu Memberikan Lapisan Perlindungan Tambahan pada Kulit
Setelah mencuci muka, menyapu penyegar di kulit memberi kelembapan yang ekstra dan juga lapisan perlindungan tambahan pada kulit. Ia mampu membuang bahan klorin dan mineral dari air paip semasa mencuci muka. Jika anda sering mengembara menggunakan kapal terbang, kulit mudah menjadi kering bila berada didalam penerbangan. Sediakan satu botol kecil penyegar dan kapas muka untuk mengembalikan kelembapan muka, tanpa perlu menggunakan air. Toner sahaja sudah cukup!
5. Mencegah Kulit Wajah Menjadi Kering dan Kasar
Sesetengah toner mengandungi bahan untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jadi secara tidak langsung,ia dapat mencegah kulit wajah menjadi kering dan kasar.
Sumber: google
No comments:
Post a Comment